SANDAKAN – Keluarga mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, Jari Abdullah, 34, reda dengan pemergian arwah yang meninggal dunia akibat terkena tembakan kumpulan pengganas itu di pulau Simusa, Selatan Filipina pada 4 April lepas. “Kami memang sedih, tetapi apa boleh buat. Itulah ajalnya. Kami menerima dengan reda (pemergiannya),” kata ibu mangsa Zuana Laudiato, 54, ketika ditemui pemberita selepas jenazah tiba di sini hari ini. Zuana, yang diiringi wakil Kementerian Luar…










