Kejohanan akhir ragbi VI Premier bermula Sabtu ini - Utusan Malaysia

Kejohanan akhir ragbi VI Premier bermula Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 April – Victoria Institution Rugby Club (VIRC) akan menganjurkan pertandingan akhir kejohanan Ragbi VI Premier edisi ke-11 di Victoria Institution, di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

VIRC dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, ia merupakan kejohanan ragbi peringkat sekolah pertama yang disahkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) pada tahun ini.

Katanya, acara itu bertujuan menyokong pembangunan ragbi dalam kalangan pelajar selain menggalakkan sukan itu sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.

“Kejohanan ini menjanjikan cabaran yang lebih hebat berbanding sebelumnya kerana semua pasukan dijangka mempertaruhkan barisan terbaik mereka sebagai persiapan untuk kejohanan yang lebih besar di peringkat negeri kelak.

“Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Bendahari Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN