Kejayaan dua PRK suntik semangat BN - Utusan Malaysia

Kejayaan dua PRK suntik semangat BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 5 April – Semangat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan menyemarakkan kesinambungan kejayaan gabungan parti pembangkang dalam PRK Rantau.

Calon BN bagi PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak semua pengundi di Rantau memastikan kemenangan BN pada 13 April ini.

“Pilihan raya ini adalah satu referendum rakyat yang menyatakan rasa kesal mereka terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan janji serta tidak mampu menguruskan negara dengan baik,” katanya dalam kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Kelab Tuanku dekat Mambau di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, gesaan itu turut ditujukan kepada para pengundi muda yang dilihat telah kembali kepada BN berdasarkan keputusan dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Jelasnya, BN telah menang di saluran pengundi muda dalam kedua-dua PRK tersebut dan ia adalah petanda bahawa generasi itu yang sering dianggap tidak menyokong BN kini tidak berpuas hati dengan kerajaan PH.

Pada mulanya, tambah beliau, mereka menganggap PH adalah kerajaan yang diberi harapan oleh rakyat tetapi kini telah bertukar kepada tidak boleh diharapkan lagi.

“Para pemimpin kerajaan sering bertekak sesama sendiri yang boleh dilihat dengan jelas dalam isu projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Kita jangan lagi jadi seperti ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’. Sebaliknya jadilah pelanduk moden yang mengelak daripada mati di tengah-tengah dengan duduk di tebing memerhatikan gajah bergaduh sesama sendiri dan memilih siapa yang kuat di antaranya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini