TURIN 16 April – Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri boleh menarik nafas legas apabila bintang sensasi, Cristiano Ronaldo kembali cergas selepas kehilangan kapten Giorgio Chiellini dan Mario Mandzukic menentang Ajax dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara. Ronaldo kembali memperkuatkan jentera pasukan bersama Federico Bernardeschi dan Allegri sedang membuat kira-kira untuk mencari penyerang ketiga bagi mengisi kekosongan Mandzukic. Bintang Portugal itu kembali pulih daripada kecederaan dan menggalas tanggungjawab besar…










