AMPANG JAYA – Seramai 222 orang penduduk daripada 37 buah unit pangsapuri lima tingkat diarahkan berpindah selepas kediaman mereka di Pangsapuri Blok F AU1B, Taman Keramat Permai di sini mengalami keretakan. Ketua Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd. Yusof berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian keretakan berkenaan kira-kira pukul 10 pagi dan pemeriksaan awal yang dilakukan di lokasi telah menemui sebanyak 10 tanda-tanda keretakan. “Pemeriksaan lanjut yang dilakukan juga mendapati…










