KUALA TERENGGANU 7 April – Sikap sambil lewa dan tidak ada semangat untuk menang punca Terengganu FC (TFC) tewas 1-2 kepada PKNP FC dalam saingan Liga Super malam tadi, sekali gus meleburkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah di gelanggang sendiri. Penolong jurulatih pasukan Mohd Nik berkata pihaknya nyata kecewa dengan prestasi hambar yang ditonjolkan pemain terutama pada separuh masa pertama. “Pemain hanya mempamerkan corak permainan sebenar pada 20 minit terakhir…










