JOHOR BAHRU 26 April – Dewan Muda Johor (DMJ) menggesa Datuk Dr. Sahruddin Jamal menggunakan kebijaksanaan beliau sebagai Menteri Besar untuk menyelesaikan polemik membabitkan kerajaan pusat dan Istana Johor yang disifatkan agak tegang. DMJ turut meminta Dr. Sahruddin menyatakan pendirian beliau berhubung polemik tersebut, sama ada mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahtahir Mohamad atau mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor sebagai seorang Menteri Besar kepada rakyat Johor.…










