PARIS 19 April – Kebakaran bangunan bersejarah Notre Dame yang berusia 850 tahun kelmarin dipercayai berpunca daripada lintas pintas.
Daily Mail yang memetik seorang pegawai penyiasat Perancis sebagai berkata, berdasarkan siasatan awal, pasukan keselamatan percaya, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas yang menyebabkan api merebak dengan pantas.
Bagaimanapun katanya, pegawai penyiasat setakat ini tidak dibenarkan memasuki bangunan itu atas faktor keselamatan kerana bangunan itu masih ‘disokong’ dengan struktur yang tidak kukuh. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











