MILAN 3 April- Bintang muda Juventus, Moise Kean menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman selepas menjaringkan gol untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Cagliari awal pagi tadi sekali gus menghampiri untuk menjuarai liga buat kali kelapan berturut-turut. Kean, 19, meledakkan gol keempatnya pada minit ke-85 bagi menjamin kemenangan selepas pemain pertahanan Leonardo Bonucci membuka tirai jaringan pada minit ke-22 pada pertemuan di Sardinia itu. Bagaimanapun, ketika pemain muda itu…










