Keadaan terkawal dan tidak perlu bimbang - Petronas - Utusan Malaysia

Keadaan terkawal dan tidak perlu bimbang – Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI  – Petronas dalam satu kenyataan memaklumkan kebakaran di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan  Petrokimia (Rapid) di Pengerang di sini awal pagi hari ini adalah terkawal.

Menurut kenyataan itu, penduduk tidak perlu bimbang kerana kebakaran berjaya dipadamkam dalam tempoh kira-kira 30 minit oleh anggota Bomba ERT PETRONAS RAPID.

“Keadaan terkawal dan semua agensi dan pihak berkaitan sudah dimaklumkan mengenai perkara ini. Perkembangan siasatan mengenai punca kejadian akan dimaklumkan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian itu berlaku satu letupan disusuli kebakaran di satu lot tapak berkenaan yang mengakibatkan dua cedera dan kini dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid.

Rakaman video kejadian tersebut menjadi tular dan dikatakan letupan itu  menyebabkan gegaran hingga ke kawasan Pasir Gudang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini