KUALA LUMPUR 26 April – DRB-Hicom Berhad memetrai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) untuk menjual 14,300,00 unit saham biasa di dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas). Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, menerusi perjanjian itu, KHI yang telah memiliki 19 peratus saham Modenas akan meningkatkan ekuiti mereka kepada 30 peratus. Katanya, jualan saham tersebut adalah atas dasar persetujuan bersama antara pembeli dan penjual…










