KUALA LUMPUR – Kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low akhirnya telah dijual kepada Genting Malaysia Bhd. (Genting) atau syarikat tujuan khas (SPV) milik syarikat itu dengan harga AS$126 juta (RM514 juta). Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas di sini hari ini, penjualan kapal itu telah mendapat kelulusan dari Mahkamah Admiralti di sini bagi menerima tawaran syarikat itu untuk membeli Equanimity mengikut terma-terma dan syarat-syarat Syerif.…










