Kanak-kanak maut rumah terbakar di Bukit Malut - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut rumah terbakar di Bukit Malut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah berhampiran Restoran Nelayan di Bukit Malut di sini pagi ini.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Tuan Zamani Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat tentang kebakaran itu pada pukul 7 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, peratusan kebakaran rumah adalah sebanyak 70 peratus dan maklumat awal mengatakan penghuni sempat keluar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah kerja-kerja pemadaman dan penyelamatan dilakukan didapati seorang lelaki rentung manakala seorang wanita dan kanak-kanak ditemui maut di dalam bilik air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

kebakaran
Keadaan rumah yang terbakar sebanyak 70 peratus dalam kejadian pagi ini.

 

Kata beliau, operasi pemadaman dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dengan bantuan BBP Langkawi di lokasi kejadian.

Punca kebakaran dan kerugian masih disiasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini