`Kami tidak menolak pembangunan..’ - Utusan Malaysia

`Kami tidak menolak pembangunan..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBINAAN projek perumahan pangsapuri Villa Selangorku di Jalan Nova U5/8 terus mendapat bantahan daripada penduduk Taman Subang Bestari, Shah Alam.

KERATAN akhbar Utusann Malaysia keluaran esok yang memaparkan bantahan penduduk Taman Subang Bestari berhubung projek pembangunan Villa Selangorku.

Penduduk mendakwa projek perumahan bertingkat itu bukan sahaja dilihat mengancam keselamatan kerana terlalu hampir dengan sekolah tetapi juga bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Badan Bertindak Kelestarian Subang Bestari, Abdul Razak Mohammad yang mengetuai demonstrasi bantahan baru-baru turut mendakwa penduduk juga tidak dibawa berbincang oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan pemaju Worldwide Holdings Berhad sebelum memutuskan projek itu dibangunkan.

Katanya, penduduk tidak menolak pembangunan, tetapi keselamatan dan keselamatan mereka perlu diberi keutamaan.

Butiran lanjut mengenai bantahan penduduk boleh didapati dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini