Kakitangan Imigresen ditemukan maut - Utusan Malaysia

Kakitangan Imigresen ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran pejabat Jabatan Imigresen Bintulu, Jalan Tun Razak, Sarawak kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurut portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, siasatan awal mendapati mangsa berumur 34 tahun, merupakan seorang kakitangan Jabatan Imigresen Bintulu, Sarawak.

“Siasatan yang kita jalankan mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kes ini,” jelasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu, Sarawak untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini