Kaji semula kos perumahan tidak munasabah - Utusan Malaysia

Kaji semula kos perumahan tidak munasabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Kerajaan diminta untuk mengkaji semula dan menghapuskan semua kos-kos tidak munasabah membabitkan isu perumahan di negara ini.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Ir. Soam Heng Choon berkata, usaha itu merupakan penyelesaian terbaik dalam menangani isu harga rumah serta mengurangkan kos sekali gus memberi penjimatan pemaju untuk disalurkan kepada pembeli.

Menurutnya, walaupun insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC2019) merupakan bonus kepada industri, namun masih terdapat keluhan pemaju tentang kesukaran untuk menjualkan unit perumahan termasuk kesulitan pembeli untuk mendapatkan pinjaman.

“Perkara ini amat mengecewakan REDHA sejak bertahun lamanya perkara ini berulang kali dibahaskan bahawa terdapat pelbagai isu dan kos yang terpaksa ditanggung pemaju sehingga menyebabkan harga rumah meningkat.

“Contohnya kenaikan kos-kos pembangunan termasuk kos pematuhan atau ‘compliance cost’ yang meningkat tahun demi tahun serta masalah dimana pendapatan isi rumah tidak berkembang sehingga menjejaskan kemampuan individu untuk membeli rumah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Kempen Pemilikan Rumah – Expo Hartanah dan Perumahan Malaysia (HOC-Mapex2019) di sini hari ini.

Terdahulu majlis itu dirasmikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penganjur HOC-Mapex 2019, Datuk Ng Seing Liong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×