KUALA LUMPUR April 30 – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sedang mengkaji semula cadangan pindaan Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 bagi memperkasakan agenda koperasi negara. Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kementerian itu ketika ini sedang menunggu satu laporan penuh daripada SKM sebelum boleh membentangkan kajian pindaan Akta tersebut di Parlimen pada sesi akan datang. “Laporan tersebut adalah bertujuan menjadikan suruhanjaya…










