KOTA KINABALU 30 April – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini pada tahun ini adalah sebanyak RM7, kekal seperti tahun lepas. Yang Dipertua MUIS Datuk Dr Hasbullah Mohd Taha berkata kadar zakat fitrah itu adalah bersamaan dengan 2.7 kilogram beras. Beliau berkata MUIS telah melantik seramai 39 ketua amil dan 2,019 wakil amil di seluruh negeri pada tahun ini untuk membuat kutipan zakat sepanjang…










