Kadar jangka pendek stabil susulan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek stabil susulan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Berikutan itu, lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM19.4 bilion daripada RM20.7 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM13.65 bilion berbanding RM16.18 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard serta dua tender repo berbalik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bank pusat itu turut melaksanakan Bil Antara Bank Islam Bank Negara bernilai RM500 juta.

Pada pukul 4 petang, BNM melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM19.4 bilion dan tender semalaman Murabahah RM13.1 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 3.19 peratus manakala kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini