KUALA LUMPUR 26 April – Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Lebihan dalam sistem konvensional menurun kepada RM27.93 bilion daripada RM31.64 bilion pada sebelah pag, manakala dalam sistem Islam, ia jatuh kepada RM15.35 bilion daripada RM20.75 bilion.
Terdahulu, BNM mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan satu program Komoditi Murabahah.
Pada 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender semalaman konvensional sebanyak RM27.2 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM15.3 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.
BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM26.6 bilion kepada RM27.2 bilion.
Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 3.19 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 3.26, 3.30 dan 3.35 peratus. – BERNAMA










