PUTRAJAYA 7 April – Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembayar cukai, Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) fasa pertama dengan pengenaan kadar penalti 10 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan, sehingga 30 Jun depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, fasa kedua PKPS dengan pengenaan kadar penalti 15 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan pula akan bermula pada 1 Julai depan dan tamat pada…










