Juventus hampiri kejuaraan kelapan Serie A - Utusan Malaysia

Juventus hampiri kejuaraan kelapan Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 3 April – Gelaran kejuaraan kelapan berturut-turut Serie A semakin hampir menjadi milik Juventus, apabila berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Cagliari di Arena Sardegna, awal pagi tadi.

Turun tanpa Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala yang masih dibelenggu kecederaan serta masalah kesihatan yang dialami Mario Mandzukic, kelab gergasi Itali itu tidak menghadapi masalah untuk terus mengukuhkan kedudukan di takhta liga.

Jaringan Leonardo Bonucci pada babak pertama dan Moise Kean di lewat perlawanan sudah cukup memastikan tiga mata berharga menjadi milik Juventus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu memberikan Juve kelebihan 18 mata di puncak Serie A, dengan Napoli akan menghabiskan kelebihan satu perlawanan dalam tangan untuk berdepan Empoli, awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini