Jumlah ahli Bersatu Sabah ramai bukan ancaman kepada Warisan - Utusan Malaysia

Jumlah ahli Bersatu Sabah ramai bukan ancaman kepada Warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyertaan lebih 120,000 orang menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mengancam kedudukan Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata, penubuhan Bersatu di negeri itu sebaliknya disifatkan sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan.

“Kita tidak melihat sebagai ancaman (kepada Warisan) kerana dalam PH, mana-mana parti yang mengukuhkan partinya (adalah) secara automatiknya memperkuatkan PH sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita alu-alukan kemasukan lebih ramai ahli baharu di Sabah sebagai satu perubahan yang ingin dibuat oleh rakyat negeri itu sendiri yang memilih Bersatu sebagai wadah perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku kumpulan puisi ‘Mahathir, Kami Bersamamu’ karya sasterawan dan pejuang bahasa, Dr. Lim Swee Tin sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu merasmikan penubuhan parti itu di Sabah yang turut menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Pelancaran Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor dinamakan sebagai Penyelaras Bersatu Sabah. – Bersama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini