PERMATANG PAUH 11 April – Hanya dijual pada waktu malam. Itu modus operandi yang dikesan digunakan oleh peniaga rokok seludup di negeri ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Selain itu, peniaga juga didapati menjual rokok seludup itu secara dalam talian dan kemudian menghantar terus kepada pembeli bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa. Menurut Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Datuk Saidi Ismail dalam operasi sekitar tiga bulan tahun ini,…










