KUBANG PASU 16 April – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai mencuri motosikal di pasar-pasar pagi di sekitar daerah ini sejak Julai tahun lalu, akhirnya tumpas setelah dicekup polis, semalam. Suspek berusia 40-an yang menjual kenderaan itu ke Thailand pada harga 4,000 baht (RM516) sebuah, menjadikan motosikal jenis Honda Wave sebagai sasaran. Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, suspek yang tidak bekerja disyaki terlibat dalam lapan kes curi motosikal…










