Jual badan dalam semak - Utusan Malaysia

Jual badan dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Hanya beralaskan tikar, dua wanita Indonesia sanggup menjual tubuhnya di dalam semak kepada lelaki hidung belang yang bekerja sebagai kontraktor di kawasan pembinaan Tanjung Kupang di sini.

Perbuatan terkutuk wanita berusia 40 dan 32 tahun itu bagaimanapun berakhir apabila mereka ditahan pada pukul 9 malam tadi bersama seorang bapa ayam berusia 35 tahun di kawasan hutan Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kegiatan tidak bermoral dilakukan warganegara Indonesia itu disyaki dikesan sejak sebulan yang lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya mereka telah melakukan aktiviti pelacuran sejak sebulan yang lalu dengan hanya beralaskan tikar yang dibentangkan di dalam kawasan semak kampung terbabit.

“Mereka dipercayai beroperasi daripada pukul 8 malam hingga 1 pagi dengan mensasarkan lelaki warga asing yang bekerja di kawasan tapak pembinaan berhampiran dengan bayaran servis serendah RM50,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzhulkhairi berkata, ketika serbuan dilakukan mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan dalam suasana gelap yang hanya menggunakan lampu suluh serta lampu telefon pintar.

Katanya, dalam serbuan itu polis berjaya merampas peralatan seperti tikar, tisu serta minyak pelincir yang digunakan untuk melakukan aktiviti seks. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini