KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menempa sejarah selepas menubuhkan Unit Peronda Bermotosikal (UPB) wanita pertama dalam jabatan tersebut di negara ini pada 3 Mac lalu. Difahamkan, idea penubuhan UPB wanita berkenaan tercetus selepas Pengarah JPJ WP KL mencabar anggota JPJ wanita untuk menunggang motosikal Kawasaki Versys bersasaran 650cc. Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd. Zawawi berkata, pada peringkat permulaan seramai tiga wanita telah berjaya menempatkan diri…










