KEMAMAN 26 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu membongkarkan perbuatan sesetengah pemandu menutup atau membuang angka di plat pendaftaran kenderaan bagi mengelak dikesan menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS). Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, perbuatan itu dikesan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 dan pemandu membuang angka paling belakang pada nombor plat terbabit. “Selain mengelak AWAS, ia juga bertujuan mengelirukan pihak penguat kuasa. Setakat ini kita masih belum ada…










