Jong-un dijangka melawat Rusia esok - Utusan Malaysia

Jong-un dijangka melawat Rusia esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 23 April – Korea Utara mengesahkan yang pemimpin negara itu, Kim Jong-un akan mengunjungi Rusia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Vladimir Putin dalam masa terdekat.

AFP yang memetik agensi tempatan KCNA sebagai berkata, kunjungan itu adalah atas jemputan Putin baru-baru ini.

Laporan itu tidak mendedahkan butiran lanjut, bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu dijangka bertemu esok atau lusa di pelabuhan timur Vladivostok, Rusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan itu bakal menjadi sidang kemuncak pertama antara kedua-dua pemimpin sejak bapa Jong-un, Kim Jong II bertemu bekas Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, lapan tahun lalu.

Kunjungan itu dilakukan kurang daripada dua bulan selepas pemimpin Korea Utara itu mengadakan sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Honai, Vietnam yang berakhir tanpa sebarang persetujuan antara kedua-dua pihak. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini