JAKARTA 17 April – Penyandang jawatan Presiden, Joko Widodo atau Jokowi membuang undi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) 008 Gambir, Jakarta Pusat pagi ini. Lapor Detik News, Jokowi tiba pada pukul 10.17 pagi waktu tempatan di TPS yang berada di Pejabat Lembaga Pentadbiran Negara, Jalan Veteran, Jakarta Pusat. Jokowi dilihat menunggu giliran dan duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak TPS sebelum dibenarkan membuang undi. – AGENSI










