BEIJING 30 April – Presiden China, Xi Jinping menggesa golongan belia untuk menyatakan taat setia kepada Parti Komunis. Gesaan itu dilontarkan ketika beliau berucap sewaktu upacara memperingati Pergerakan Keempat Mei, protes terhadap penjajahan dan imperialisme yang menggegarkan negara ini pada 1919. “Amat memalukan jika seseorang itu tidak patriotik atau bahkan menipu dan mengkhianati tanah air. Tiada tempat untuk individu seperti itu di negara ini. “Golongan belia di era baharu perlu…










