DUNGUN – Seorang pemandu traktor menemui ajal selepas dihempap jentera itu dalam kejadian di Ladang Prolip, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 4.35 petang itu, mangsa, Rahim Rahman, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan baru selesai melakukan kerja-kerja meracun di ladang berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di…










