KOTA TINGGI – Jenazah tiga pelajar yang maut dalam kemalangan ketika pulang dari perlawanan petanque semalam disembahyang di surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim di sini pagi ini. Jenazah Mohamad Noriman Bastaman, 17, Daing Muhammad Afeeq Mohd. Ateeq-ur Rahman, 16 dan Mohammad Syafawi Zayadi, 17, disembahyangkan kira-kira 100 pelajar serta guru sekolah terbabit di Surau AlHakim sekolah berkenaan. Terdahulu, jenazah ketiga-tiga sahabat itu selesai dibedah siasat kira-kira pukul 2…










