SAUDARA PENGARANG, SAYA tertarik dengan laporan Utusan Malaysia bertajuk PH perlu menangi hati orang muda yang disiarkan pada 15 April lalu. Laporan tersebut berdasarkan pandangan Ketua Angkatan Muda Kedah, Mohammed Firdaus Johari yang menyeru kerajaan memainkan peranan penting dalam memberi penerangan mengenai apa-apa yang telah dilaksanakan untuk kepentingan rakyat. Pakatan Harapan (PH) sekarang adalah kerajaan semasa. Sejauh pengetahuan saya, sebarang perkara bagi menyampaikan penerangan berkaitan dengan apa yang telah, sedang…










