JOHOR BAHRU 7 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Perlis (YKPs) bagi menganjurkan program Jelajah Solo Gen Y: Nilai-Nilai Murni Rakyat Malaysia. Program yang bermula sejak Khamis lalu dijangka tamat pada 30 April ini melibatkan 11 negeri, 13 kawasan Parlimen dan 36 buah sekolah di seluruh negara. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, program tersebut menekankan beberapa elemen antaranya semangat cintakan negara, nilai-nilai…










