JOHOR BAHRU 5 April – Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas kedudukan pendahulu Liga Super dalam aksi panas yang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan kepada pemain Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dengan kemenangan 3-1, namun perlawanan itu dicemari dengan aksi panas. Beraksi di laman sendiri, Harimau Selatan bermula garang seawal minit pertama dengan melancarkan serangan bertali arus ke…










