Pengundi-pengundi di Rantau bakal memilih wakil rakyat mereka pada 13 April ini iaitu berbaki tiga hari lagi. Setakat ini, persaingan jelas antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram walaupun Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru. Berdasarkan pemerhatian semasa tempoh berkempen yang masih lagi berlangsung, anggaplah sahaja dua lagi indvidu calon Bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd. Nor…










