KUALA LUMPUR 4 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak tergesa-gesa untuk melakukan pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu. Anifah Aman Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berkata, hal itu bagi mengelakkan sebarang kesan negatif berlaku disebabkan tiada sebarang kajian menyeluruh sebelum pindaan dibuat. “Kita seharusnya menyemak serta memahami kesemua syarat pindaan ini sebelum dibentangkan dalam Dewan Rakyat oleh…










