BERMATLAMAT untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan universiti bersama masyarakat, Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Bukit Kor 2019 yang berlangsung di kampung tersebut di Marang, Terengganu baru-baru ini. Kehadiran kakitangan PPSTM bersama pengurusan UMT itu telah disambut oleh lebih 50 orang komuniti petani yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman sayuran serta mengusahakan madu kelulut di kawasan milik UMT itu.…










