KUALA LUMPUR 30 April – Walaupun berdepan jadual perlumbaan padat, Md Zaqhwan Zaidi bersedia untuk tampil dengan aksi terbaik dalam saingan CP150 pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor pada 3 dan 4 Mei ini. Pelumba negara itu melalui lima pusingan perlumbaan berturut-turut bermula 6 dan 7 April lepas sewaktu menyertai pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun MFJ (AJRC) di Motegi,…