KUALA LUMPUR 26 April – Pemain Selangor, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan Amri Yahyah digantung satu perlawanan selain diberikan amaran keras selepas didapati bersalah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong semasa aksi Liga Super. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat kerana kedua-dua pemain melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong pasukan lawan.…










