GUA MUSANG – Seorang buruh binaan bukan sahaja lumpuh malah tidak mampu bercakap selepas terjatuh dari bumbung bangunan dua tingkat ketika membina bangunan itu. Kejadian itu menyebabkan Zulkfli Muhamed, 53, yang sebelum ini menjadi tempat bersandar keluarga hanya mampu menghabiskan masa dengan terlantar di atas katil dan dijaga sepenuhnya oleh isteri, Zaitun Hassan, 47, sejak setahun lalu. Zaitun berkata, dia hanya bergantung hidup kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat…










