Tanya mana-mana lelaki pun terutama yang sudah bergelar suami, pasti tidak gemar mendengar isteri membebel. Ada suami yang lebih suka mengambil pendekatan diam dan mengasingkan diri apabila isteri berleter. Begitu juga dengan penyanyi Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 32, yang mengaku kadang-kadang rimas dengan bebelan isterinya. Namun dalam masa sama, Black BLACK HANIFAH akui bebelan isterinya, Naquia Yasirah Mohd. Khairi kadang kala ada benarnya. “Saya akui semua…










