MELAKA 30 April – Seorang wanita melecur hampir 70 peratus di badan akibat dipercayai dibakar oleh suaminya yang cemburu mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, di Taman Krubong Permai di sini semalam. Mangsa yang berusia 39 tahun kini menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka selepas dipercayai dibakar oleh suspek menggunakan minyak petrol, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor…










