KUANTAN 3 April – Istana Pahang menarik balik darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepada ahli perniagaan, G. Gnanaraja pada 2014. Penarikan balik darjah kebesaran itu disahkan Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) seperti mana surat ditangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak bertarikh 13 Mac lalu. Penarikan dan pembatalan darjah kebesaran itu berkuatkuasa serta merta berdasarkan tarikh surat diserahkan.…










