HEBRON 19 April – Tentera Israel memusnahkan dua kediaman di pangsapuri pendudukan Tebing Barat hari ini yang menempatkan keluarga warga Palestin didakwa membunuh wanita Israel pada Februari lalu.
Tentera dilihat mengepung blok pangsapuri tersebut sejak lewat malam tadi.
Mereka kemudian memusnahkan dua unit pangsapuri yang menempatkan rumah keluarga Arafat Irfaiya. 29, dengan jentera berat pada awal pagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, berlaku juga pertembungan antara penduduk Palestin dan tentera Israel ketika operasi berkenaan,” lapor wartawan AFP.











