KOTA BHARU 27 April – Pengendali Kelantan Yusri Che Lah memuji karakter yang diperagakan oleh barisan pemainnya ketika menumpaskan Pulau Pinang 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam. Tanpa berselindung, Yusri mendedahkan kemenangan itu hasil usaha keras seluruh barisan pemainnya yang berjuang sebaik sahaja wisel ditiup hinggalah tamat perlawanan. Yusri berkata, kejayaan itu turut dipacu oleh tahap keyakinan tinggi yang diperagakan oleh barisan pemain…










