Inflasi teras Malaysia dijangka 1.5-2.2 peratus tahun ini - Utusan Malaysia

Inflasi teras Malaysia dijangka 1.5-2.2 peratus tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – MIDF Research menjangkakan kadar inflasi teras Malaysia berada pada purata 2.2 peratus tahun ini berbanding satu peratus tahun lepas, berikutan kesan asas yang lebih rendah.

Dalam kenyataan, firma penyelidikan itu berkata tekanan inflasi, terutama daripada item berkaitan bahan api, kemungkinan akan meningkat, sejajar unjuran peningkatan harga minyak mentah kepada purata AS$75 (RM306.3) setong pada 2019 berbanding AS$72 setong (RM294.1) pada 2018.

Bagaimanapun, ia berkata kadar inflasi teras dijangkakan kekal stabil pada 2019, berlegar sekitar tahap 2018 pada satu peratus tahun ke tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memandangkan kadar inflasi teras kekal rendah, kami berpendapat bahawa perubahan dalam pendirian kewangan tidak diperlukan buat masa ini, kerana ia akan menjejaskan trajektori pertumbuhan domestik.

“Selain itu, Rizab Persekutuan AS telah mengesahkan pendiriannya untuk tidak menaikkan kadar pada tahun ini. Memandangkan tekanan yang berkurangan di peringkat domestik dan luaran, kami juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus pada 2019 sekiranya tiada sebarang kejutan berlaku dalam pertumbuhan ekonomi domestik,” katanya. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini