MEREALISASI–KAN impian ibunya, Shwetajeet Kaur cuba membuang perasaan malu dengan memberanikan diri memasuki pertandingan ratu cantik. Tuah menyebelahi gadis kelahiran Kuala Lumpur ini setelah berjaya merangkul gelaran Miss Universe Malaysia 2019. Kejayaan itu juga adalah hasil kerja kerasnya selama tiga tahun memperbaiki kelemahan diri termasuk cara berkomunikasi dan pengetahuan semasa. Shwetajeet atau lebih dikenali sebagai Shweta Sekhon, 22, sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2016, tetapi tidak berkesempatan…










