KANGAR 14 April – Bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi sebagai negara hab halal dunia, pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting memandangkan negara didominasi oleh industri ini, titah Raja Muda Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, begitu juga di Perlis, IKS menjadi antara industri yang turut menjana ekonomi negeri. “Semoga lebih ramai lagi pengusaha IKS khasnya bumiputera di negeri Perlis merebut peluang memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia…










